Resepi Sos Spaghetti Bolognese Homemade, Tak Guna Tomato Tin

Friday, May 04, 2018


Semalam lagi Sofhea merengek nak bawa mee merah (read: spaghetti bolognese), jadi pagi ini saya masaklah untuknya.

Tapi kali ini saya tak guna tomato puri dalam tin. Saya guna buah tomato.

Bahan-Bahan Sos Spaghetti Bolognese Homemade


Resepinya saya guna;
  • 1 bawang merah besar (bawang holland lagi bagus)
  • 1 labu bawang putih
  • 1 lobak merah
  • 10 biji tomato (saya kelar separuh, rebus sampai kulitnya tercabut, sejukkan dan buang biji & saya jadikan puri)
  • 3 dada ayam cincang (daging lagi sedap)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar Italian Herbs
  • 1/2 sudu bes serbuk cayenne (tak letak pun tak apa, nak bagi warna naik)
  • 2 sudu besar tepung gandum (pekatkan sos)
  • Garam & gula
  • Sedikit mentega & minyak untuk tumis

Cara Masak Sos Spaghetti Bolognese Homemade

Cara masak macam biasa.

Tumis bawang-bawang, masuk Italian Herbs & lada hitam. Sampai naik bau.

Masukkan ayam, biar sampai separuh masak. Masuk lobak yang dicincang. Buh tepung gandum & godak. Lepas tu, masukkan puri tomato. Dan perasakan dengan gula dan garam.

Biarkan ia masak dengan air sederhana sampai sebati.

Letakan spaghetti dan fresh Basil dari kebun mini. Curahkan kuah. Wow rasanya perfecto!

Tak jauh beza dengan puri dalam tin tu. Kenapa tak guna je puri tin?

Sebabnya canned tomato ada garam yang tinggi. Tahu BPA kan? Bekas tin yang digunakan untuk letak puri tu ada kandungan BPA juga tau. Bukan bekas plastik je.

Tambah bahaya sebab sifat berasid tomato itu sendiri. Ia akan hakis BPA lining dan diserap ke dalam puri.

Oleh sebab itulah saya guna buah tomato. Semalam beli 10 biji, RM3.20.

Sebagai ibu, memberikan makanan sebenar (real food) kepada anak adalah tanggungjawab saya. Tak apa susah sikit, janji anak-anak dapat yang terbaik.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube