Boleh Ke Ibu Mengandung Puasa?

Monday, May 21, 2018

Sejak tahun 2009 sampai tahun 2018 ni, hampir setiap kali puasa kalau tak bergelar ibu mengandung mesti jadi ibu menyusukan.


Seingat saya, cuma ada beberapa hari sahaja yang saya tak larat berpuasa sebab demam. Hari lain saya puasa, sebab tak suka ganti puasa banyak-banyak.

Tapi ada kawan-kawan saya, yang memang tak boleh puasa dan memilih untuk tak berpuasa masa Ramadan. Memang ada kelonggaran buat geng ibu menyusu dan mengandung. Jadi puasa atau tidak? Dua-dua pun boleh. Lagipun tak ada orang lain yang kenali badan kita, melainkan diri sendiri.

Jika rasa ok tiada masalah, badan larat dan bayi bergerak aktif. Silalah berpuasa.

Tapi kalau ada alami tanda-tanda bahaya semasa berpuasa, berbukalah. Ini boleh memudaratkan diri dan bayi yang di dalam kandungan.

wanita mengandung puasa, boleh ke ibu mengandung puasa, wanita mengandung boleh puasa, hukum ibu mengandung berbuka puasa, mengandung semasa bulan puasa, cara puasa ibu mengandung, ibu mengandung dan puasa, puasa ibu mengandung dan menyusu, perlukah ibu mengandung ganti puasa, ibu mengandung tak perlu ganti puasa, adakah ibu mengandung wajib ganti puasa
sumber: https://www.orami.co.id/magazine/tetap-puasa-saat-hamil-kenapa-tidak/


3 Tanda-tanda Bahaya


1- Morning Sickness Yang Teruk


Morning sickness adalah sesuatu yang normal ketika diawal kehamilan. Cuma kalau ianya berterusan hingga usia kandungan 7-8 bulan ini bahaya.

Jika anda alami perkara yang sama, tidak apa kalau tidak dapat berpuasa. Kesian pada diri dan anak di dalam perut.

Sudah ada ruksah atau kelonggaran untuk ibu mengandung puasa, begitu juga yang menyusukan. Jadi gunakanlah. Puasanya nanti boleh diganti pada bulan-bulan yang lain. Insyaallah, pahalanya tetap sama.


2- Seram Sejuk Mengigil-gigil Rasa Nak Demam

Ini sebenarnya tanda badan anda sedang mengalami dehidrasi. Keadaan yang terjadi akibat air tidak mencukupi di dalam badan.

Apabila anda mengandung atau menyusukan, apa saja yang masuk ke dalam badan adalah untuk kegunaan berdua, bukan diri sendiri. Bahaya dehidrasi ini sehingga boleh membuat bayi dalam kandungan cacat.


3- Pergerakan Bayi Kurang

Apabila hamil ibulah orang yang paling memahami dan tahu apa sedang berlaku pada bayi di dalam kandungan. Ketika berpuasa awasi pergerakan bayi anda.

Jika ada tanda-tanda pergerakan menjadi sedikit atau lemah, anda sebagai seorang ibu mengandung yang berpuasa..silalah berbuka.

Bagi anda yang menyusukan anak secara eksklusif, jika susu menjadi kurang dan bayi marah-marah buka saja puasa. Tidak apa tak berpuasa di Ramadan jika khuatirkan kesihatan diri yang anak.

Banyak hari-hari lain yang anda boleh buat ganti puasa.

Macam mana kalau saya tidak suka ganti puasa banyak-banyak? Kalau anda tiada sebarang tanda-tanda di atas silalah berpuasa.

Tetapi perlu ada persediaan, bukan hentam keromo sehingga boleh mendatangkan mudarat.

5 Persediaan Ibu Hamil dan Ibu Menyusukan Berpuasa


1- Sahur Kenyang-kenyang


Makan makanan yang berat. Makan seperti kita makan sarapan atau makan tengahari. Mesti cukup karbo, protein dan seratnya.

Barulah badan bertenaga dan bayi pun gembira.

2- Minum Air Cukup


Ini pun sama penting, minumlah air sedikit-sedikit sepanjang waktu berbuka hingga sebelum imsak. Cukupkan 2-3 liter sehari.

Air yang cukup mengelakkan masalah dehidrasi.

3- Elak Lakukan Kerja Berat


Kerja yang berat menggunakan tenaga yang banyak, jadi elakan diri dari melakukannya. Lagipun jika mengandung, kerja berat boleh membahayakan kandungan.

4- Kurma 


Makanan sunnah nan satu ini sangat bagus kandungan nutrisinya. Mengandungi banyak mineral dan serat yang diperlukan oleh ibu-ibu.

Amalkan makan 3-5 biji kurma apabila bersahur dan berbuka. Ia membekalkan tenaga yang pantas tau.

5- Suplemen Yang Bersesuaian


Ambillah suplemen yang bersesuaian dan baik seperti Vita Lea, B Complex, SR Vita C, ESP dan Ostematrix dari Shaklee.

Suplemen-suplemen banyak khasiatnya, badan kekal bertenaga, perut tak pedih semasa berpuasa dan badan tak lembik walaupun seharian berpuasa.

Tambah lagi ia mengandungi vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi anda.

Buatlah persediaan yang secukupnya ya kalau mahu berpuasa. Hentam keromo berpuasa, boleh mengundang mudarat. Takut betul bila baca dua kes anak meninggal dalam kandungan ketika ibunya berpuasa.

Selamat berpuasa semua. Nak order suplemen untuk ibu mengandung atau ibu menyusukan boleh WA/SMS saya 0167731892.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube